suria

Minta makan stik keju, kentang sebelum jalani hukuman mati selepas 32 tahun bunuh wanita dan anak perempuan

West dijatuhi hukuman mati. Gambar kanan ketika perbicaraan pada tahun 1987.

SEORANG banduan menjalani hukuman mati kerana kesalahan membunuh seorang wanita dan anak perempuannya.

Stephen Michael West,56, dihukum mati berikutan menikam Wanda Romines,51, dan anaknya Sheila,15 di kediaman mereka pada tahun 1986.

West diumumkan mati pada 7.27 petang Khamis di Tennessee.

Sebelum dijatuhkan hukuman dia meminta untuk makan stik keju dan kentang untuk makanan terakhir.

Sekumpulan anti-hukuman mati berkumpul di luar penjara pembunuh itu menjalankan hukuman.

Sebelum menjalni hukuman mati juga, West ditanya untuk sekiranya ada ayat terakhir dari mulutnya.Dia menjawab: "In the beginning God created man, and Jesus wept. That’s all."

Dua mangsa yang dibunuh West pada kejadian 1986.


Saksi menggambarkan dia kelihatan teresak-esak ketika berada di atas ketusi elektrik.

Selepas hukuman tersebut, peguam West mengkritik keputusan hukuman mati terhadap banduan pembunuh.

"Kami sangat kecea dengan Tennessee yang meneruskan hukuman ini.

"Dia telah didianogsi mempunyai masalah mental, seorang lelaki yang mempunyai takdir dan kesan positif kepada orang disekelilinginya setelah berdekad-dekad."

Sheila ditikam sebanyak 17 kali di bahagian perut dan mencederakan 14 orang lain ketika melakukan 'torture-type cuts," lapor Tennessean.

West didapati bersalah oleh juri pada tahun 1987 dengan beberapa pertuduhan jenayah termasuk dua pembunuhan tahap pertama yang membawanya kepada hukuman mati.

Ketika insiden West berumur 23 tahun. -mirror.co.uk

Kerusi Elektrik, bunuh, 1987

Artikel Lain