suria

Penumpang cemas, lelaki panjat sayap pesawat cuba masuk kabin

Seorang lelaki bertindak memanjat sayap sebuah pesawat untuk memasuki kabin. Foto Instagram/Otto_Orondaam

SATU klip video menunjukkan seorang lelaki memanjat sayap sebuah pesawat dan cuba memasuki kabin.

Insiden tersebut dirakamkan dari dalam sebuah pesawat Azman Airways semasa ia membuat persiapan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos, Nigeria pada Jumaat lalu.

Penumpang cemasa dengan tindakan lelaki tersebut, dan meminta kru kabin supaya membuka pintu bagi membolehkan mereka keluar.

Menurut laporan CNN, polis dipetik sebagai berkata, mereka telah menahan suspek.

Mereka bagaimanapun tidak memberi penjelasan punca suspek mahu menceroboh masuk ke dalam pesawat. - Mirror UK

pesawat

Artikel Lain