suria

Gara-gara ingin kelihatan seperti Kim Kardashian lelaki ini menderita salah implan di bahagian punggung

Jordan jalani pembedahan di Turki. Foto: Backgrid

SEORANG lelaki yang menghabiskan 8,500 paun (RM43, 710) gara-gara mahu kelihatan seperti Kim Kardasian kini menderita sakit dibahagian punggungnya.

Jordan James Park,27, melakukan pembedahan implan awal tahun ini mendakwa bahagian punggungnya itu pecah dan bocor.

Difahamkan, klinik di Turki itu memasukkan implan payudara ke bahagian punggung Jordan bagi mengurangkan kos pembedahan.

"Saya tidak pecaya mereka memasang implan payudara di bahagian punggung saya.

"Saya tidak ada idea namun silikon mula pecah dan bocor. Saya mungkin boleh mati kerana sepsis jika mereka letak lebih lama."

Jordan terpaksa terbang ke Istanbul minggu ini bagi membetulkan kesilapan pembedahan itu di klinik berlainan.

Dilaporkan bahan implan yang digunakan itu beratnya 300lbs (136.078kg) sebelum pecah. 

Bahan implan untuk payudara lebih lembut dan tidak boleh menampung berat berlebihan. -metro.co.uk

Implan, punggung, buah dada

Artikel Lain