suria

6 tahun lumpuh, lelaki ini akhirnya boleh berdiri untuk menari di majlis kahwin BFF

Chris lumpuh sejak enam tahun lalu. FOTO: MDWfeatures / Chris Rice

SEORANG lelaki lumpuh disahkan oleh doktor bahawa dia tidak berupaya untuk berjalan lagi.

Namun, pelajar berusia 26 tahun dari Kanada itu membuktikan sebaliknya.

Bukan sekadar berjalan, malah Chris Rice juga boleh menari di majlis kahwin rakan baiknya.

"Saya merupakan pengapit untuk majlis kawan saya sekitar tahun 2017 dan saya menari buat pertama kali selepas lumpuh.

"Sewaktu menari, saya fokus untuk tidak jatuh atau hilang keseimbangan.

"Selepas lagu berakhir, saya duduk semula atas kerusia roda. Saya terkejut dengan apa yang saya lakukan," ujar Chris.

Dia lumpuh enam tahun lalu selepas terjun ke dalam kolam yang cetek. - The Sun.

Chris Rice, lumpuh, majlis kahwin, BFF

Artikel Lain