suria

26 maut, 28 cedera bas pelancong terbakar

Gambar hiasan bas terbakar.

SERAMAI 26 orang terbunuh dan 28 yang lain cedera selepas sebuah bas pelancong terbakar di wilayah Hunan, tengah China pada Jumaat.

Lima daripada mangsa yang cedera dilaporkan kritikal dan dihantar  ke tiga hospital tempatan, menurut Jawatankuasa Wilayah Hunan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 petang Jumaat apabila bas mempunyai 59 tempat duduk itu tiba-tiba terbakar ketika melalui lebuh raya di daerah Hanshou, di bandar Changde.

Dua pemandu bas terbabit dan pemandu pelancong ditahan untuk membantu siasatan. -Bernama

Bas pelancong, terbakar

Artikel Lain