suria

Warna-Warni KL2017

Warna-Warni KL2017
1 / 11
Acara berpasukan rutin bebas dari pasukan Malaysia.
2 / 11
Pasukan Lumba Kuda Lasak negara (dari kiri) Mohd Yusran Yusuf, Mohd Adhwa Embong, Azizatul Asma Abdullah dan Mohammad Fuad Hashim menggondoli pingat emas acara kuda lasak berpasukan Sukan SEA 2017 di Terengganu International Endurance Park.
3 / 11
Atlet wushu Loh Jack Chang bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam kategori Taijijian.
4 / 11
Pemain futsal negara Intan Sarah Anisah Zulgafli (jersi hitam) dihadang oleh pemain Indonesia Fitri Rosdiana (jersi putih) pada perlawanan futsal wanita di gelanggang futsal Kompleks Sukan Negara Panasonic.
5 / 11
Aksi emas negara dari Diana Bong Siong Lin dalam kategori Naquan.
6 / 11
Sokongan keluarga. Pemain negara Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi memeluk ibu bapanya selepas Malaysia mengatasi Singapura 22-7 pada perlawanan akhir Ragbi 7s Lelaki.
7 / 11
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berswafoto bersama atlet bola jaring Malaysia yang merangkul pingat emas.
8 / 11
Pemain Malaysia, Sharifah Noor Fasha Edayu Syed Mohd Fauzie (kanan) mengasak pemain Singapura dalam perlawanan ragbi tujuh sebelah wanita.
9 / 11
Emas untuk Malaysia. Pemain negara bersorak gembira selepas menumpaskan Singapura 22-7 pada perlawanan akhir Ragbi 7s 'Lelaki Sukan SEA KL2017 di Stadium MBPJ.
10 / 11
Sebahagian penyokong Malaysia yang hadir memberi sokongan kepada pasukan wanita negara ketika menentang pasukan Vietnam di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) pada Ahad.
11 / 11
KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain