• Penduduk Iraq mendapatkan bekalan biskut dan air botol yang diagihkan pertubuhan bantuan semasa sambutan Aidilfitri di barat Mosul baru-baru ini.  REUTERS/Erik De Castro
  • Warga Yaman-Amerika beragama Islam, Hajar Udayni membetulkan tudungnya ketika bersiap untuk meraikan Aidilfitri di kediamannya di Brooklyn, New York. REUTERS/Kholood Eid
  • Wanita Pakistan menghias inai pada jari dan lengannya sempena sambutan Aifilfitri di Masjid Badshahi, Lahore.(AP Photo/K.M. Chaudary)
  • Penduduk Islam Nepal memakai celak bagi meraikan Aidilfitri di Masjid Kashmiri, Kathmandu baru-baru ini.AFP PHOTO / PRAKASH MATHEMA
  • Kanak-kanak India Muslim berpelukan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Hyderabad, India baru-baru ini. (AP Photo/Mahesh Kumar A.)
  • Pelbagai lampu pelita yang berwarna warni dihias indah di sekitar Dataran Merdeka pada Malam Tujuh Likur@ Dataran Merdeka.
  • Ghazali Bakar, 50, (kiri) bersama saudaranya Sohi Maat, 53, memasak opor daging yang merupakan juadah istimewa untuk dihidangkan pada hari lebaran semasa tinjauan fotoBernama di Kampung Ubai, baru-baru ini.
  • 
Sarung ketupat mula dijual kepada orang ramai menjelang tibanya 1 Syawal ketika tinjauan fotoBERNAMA di Medan Niaga Satok, baru-baru ini.
  • Seorang penduduk, Mohd Rahimi Rashid leka bermain bunga api berus periuk pada tinjauan fotoBERNAMA menjelang 1 Syawal di Kampung Baiduri baru-baru ini.
  • Kanak-kanak Pakistan gembira menunggang unta ketika berkunjung bersama keluarga ke karnival di tebing Sungai Ravi bagi meraikan Aidilfitri di Lahore.  (AP Photo/K.M. Chaudary)

iklan