suria

Pemergian Tan Sri Adenan Satem

Pemergian Tan Sri Adenan Satem
1 / 6
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyiram air mawar ke pusara Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada majlis pengkebumian jenazah Ketua Menteri Sarawak itu di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya pada Khamis. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Foto Bernama
2 / 6
Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud mententeramkan balu Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Jamilah Anu yang sebak selepas menerima bendera Sarawak pada majlis pengkebumian jenazah suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Foto Bernama
3 / 6
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyiram air mawar di pusara Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Foto Bernama
4 / 6
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai solat jenazah pada upacara penghormatan terakhir Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek di Petra Jaya. Foto Bernama
5 / 6
Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem diusung para pegawai tentera dan polis memasuki ruang Masjid Jamek Petra Jaya untuk istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah. Foto Bernama
6 / 6

Artikel Sebelum

Sekitar Di Malam AJL31

Artikel Berikut

Album Banjir Di Seluruh Negara

Artikel Lain