suria

Istiadat Keberangkatan Balik Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah

Istiadat Keberangkatan Balik Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah
1 / 21
Kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah meninggalkan Istana Negara pada Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14, Isnin. -fotoBERNAMA
2 / 21
Kenderaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah meninggalkan Istana Negara pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara, Isnin. -fotoBERNAMA
3 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Dataran Parlimen. -fotoBERNAMA
4 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Parlimen pada Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14, Isnin.
 - fotoBERNAMA
5 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambaikan tangan selepas Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14 di Parlimen.
 -fotoBERNAMA
6 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan bersalaman dengan para Menteri Kabinet pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Parlimen. -fotoBERNAMA
7 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Dataran Parlimen.
 -fotoBERNAMA
8 / 21
Dua ekor gajah turut serta dalam perarakan 'Lambaian Kasih' mengiringi Kereta Diraja yang dinaiki Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
-fotoBERNAMA
9 / 21
Petugas membersihkan 'Jam Bunga’ untuk dihadiahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah sempena keberangkatan pulang baginda ke Kedah, di Istana Anak Bukit hari ini. Jam itu dipersembahkan oleh kerajaan negeri Kedah sempena kepulangan baginda selepas tamat tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Ia dihiasi dengan lebih 1,000 pokok bunga jenis 'Targates Erecta' dan 'Celocia' serta dibina bersebelahan dengan Balai Penghadapan. -fotoBERNAMA
10 / 21
Kenderaan Diraja yang dinaiki Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menerima lambaian daripada orang ramai yang menunggu di sepanjang Jalan Parlimen ketika Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14. -fotoBERNAMA
11 / 21
Pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja membuat persembahan 'Hormat Diraja' ketika Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Dataran Parlimen.
-fotoBERNAMA
12 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambaikan tangan selepas Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14 di Parliman, Isnin. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan). 
-fotoBERNAMA
13 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah melambaikan tangan sebelum berangkat pulang menaiki sebuah pesawat khas pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
-fotoBERNAMA
14 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah mengaminkan doa selepas berkenan berangkat ke Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Dataran Parlimen. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua,kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (kiri). -fotoBERNAMA
15 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melambai kepada rakyat jelata semasa keberangkatan balik baginda berdua selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . -fotoBERNAMA
16 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambaikan tangan sejurus keluar dari pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada Istiadat keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14.
-fotoBERNAMA
17 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Istiadat Keberangkatan Balik sempena Tamat Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . -fotoBERNAMA
18 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mengaminkan doa pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
-fotoBERNAMA
19 / 21
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah disambut oleh anakanda Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sempena Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14.
-fotoBERNAMA
20 / 21
Kenderaan Diraja yang dinaiki Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan disambut oleh rakyat jelata semasa keberangkatan balik baginda berdua selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) menuju ke Istana Anak Bukit.
-fotoBERNAMA
21 / 21

Artikel Berikut

Gempa Bumi Aceh

Artikel Lain