• Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau paras air laut berikutan fenomena air pasang besar di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis. APM melakukan pemantauan di sepanjang pesisir pantai bermula dari Bukit Batu Putih Kuala Perlis sehingga ke Kuala Sanglang sepanjang tempoh air pasang. FOTO: BERNAMA
  • Ombak besar membadai pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar di sekitar Kota Kuala Muda, Kedah. FOTO: BERNAMA
  • Jenis ikan segar yang dijual di pasar didapati tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan kebanyakan nelayan tidak dapat turun ke laut ekoran fenomena air pasang besar, yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia. Tinjauan ini dilakukan Bernama di Pasar Awam Taman Tun Sardon, Georgetown Pulau Pinang. FOTO: BERNAMA
  • Penduduk kampung meninggalkan rumah masing-masing berikutan air sudah melimpahi paras bahaya akibat fenomena air laut pasang besar di Kampung Batu 5, Jalan Kapar, Klang. Fenomena air laut pasang besar dijangka akan berlanjutan sehingga Jumaat ini (21 Oktober 2016). FOTO: BERNAMA
  • Peniaga makanan Abd Aziz Mat Said dan isteri Sofiah Mat Saad membersihkan kedai mereka setelah dimasuki air akibat fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Menteri di Jalan Kuala Sepetang, Matang, Taiping Perak - FOTO: BERNAMA

iklan