suria

Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri

Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri
1 / 11
Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua, kanan) berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Sindrom Down pada Majlis Aidilfitri dan Sambutan 10 Tahun Persatuan Sindrom Down Negeri Perlis anjuran Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis, Sabtu.
2 / 11
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua,kanan) berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Mesra Aidilfitri Tengku Mahkota Pahang Bersama Kementerian Sumber Manusia dan Warga Parlimen Maran di Arena Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Sabtu. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Anggota Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (tiga,kanan).
3 / 11
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi dan isteri Datin Sri Ramlah Mahmod melawat gerai-gerai juadah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Perak 2016 di Mes Pegawai Kanan Polis, Sabtu malam.
4 / 11
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tengah) bersama komuniti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan, Sabtu.
5 / 11
Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyaksikan acara memotong kek oleh kanak-kanak Sindrom Down pada Majlis Aidilfitri dan Sambutan 10 Tahun Persatuan Sindrom Down Negeri Perlis anjuran Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis, Sabtu. Turut hadir Pengerusi Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail (enam, kanan).
6 / 11
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Anak Yatim Al-Raudhah Jalan Apas ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri ahli perniagaan yang juga Bendahari Umno Bahagian Kalakaban, Datuk Mohd Tahir Picho di Wisma RASTAMAS, Sabtu.
7 / 11
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan kepada penghuni anak yatim Home Tuaran sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Hajiji Mohd Noor di dewan Sulaman Tuaran, Sabtu.
Majlis itu dimeriahkan oleh kira-kira 5,000 tetamu.
8 / 11
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua,kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang menghadiri Majlis Aidilfitri Pengasih 2016 di Rumah Pengasih, Sabtu. Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Mohd Yunus Pathi (tiga,kiri) bersama isteri Datin Normah Osman (kiri).
9 / 11
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin yang juga Anggota Parlimen Rompin dan isteri Datin Rozidah Karim membantu membakar sate ketika majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Rompin 2016, Sabtu.
10 / 11
Putera Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam shah Tengku Abdullah mengagihkan ais krim kepada orang ramai pada majlis Malam Mesra Aidilfitri DUN Kuala Sentul di Dataran Dewan Semai Bakti Jengka 3, Sabtu malam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin (kiri).
11 / 11
Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain