• Anggota Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang berjaya memujuk seekor gajah jantan liar untuk dinaikan ke dalam lori sebelum dipindahkan ke Taman Negara di Kampung Dendong Batu Melintang, Jeli, Kelantan pada 14 Julai 2016. FOTO: BERNAMA
  • Pemilik zoo iaitu Manny Tangco memberi susu kepada dua anak harimau yang diberi nama "Tiger Duterte" dan "Tiger Leni" di Zoo Malabon, Manila, Filipina. Tangco berkata, dia memberikan nama berkenaan dengan harapan ekonomi negara itu akan menjadi seperti 'ekonomi harimau'. FOTO: AFP PHOTO/ Noel Celis
  • Gembala gajah berehat seketika sementara menanti pelancong yang ingin menaiki haiwan berkenaan di satu kawasan di bandar Ayutthaya tidak jauh dari Bangkok, Thailand. Gambar dirakamkan pada 14 Julai 2016. FOTO: REUTERS/Jorge Silva
  • Udang Karang atau sering dipanggil 'lobster' antara makanan laut termahal yang dijual iaitu dalam anggaran RM100 sekilogram bergantung kepada saiz. Foto menunjukkan Shah Adan Nekmat, 37, menunjukkan udang karang di Kampung Rembia, Alor Gajah Malacca. Foto: A MALEX YAHAYA
  • Orang ramai berlari selepas dikejar beberapa ekor lembu liar dalam larian lembu sempena festival San Fermin di Pamplona, Selatan Perancis pada 14 Julai 2016. FOTO: REUTERS/Susana Vera

iklan