suria

Sekitar Kejadian Bunuh Di Tapah

3 November 2015: Orang ramai termasuk pihak media berada di bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah, Perak untuk melihat pihak polis melakukan siasatan berhubung kejadian pembunuhan kejam empat individu di bengkel berkenaan. Seorang lelaki bersama tiga ahli keluarganya telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. FOTO: BERNAMA
1 / 6
3 November 2015: Keadaan bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah, Perak yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan kejam empat individu. Seorang lelaki bersama tiga ahli keluarganya telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. FOTO: BERNAMA
2 / 6
3 November 2015: Suasana di bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah, Perak yang memperlihatkan beberapa ekor anjing berkeliaran selepas tuannya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam empat individu. FOTO: BERNAMA
3 / 6
3 November 2015: Anggota polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kejam empat individu di sebuah bengkel di Jalan Pahang, Tapah, Perak. FOTO: BERNAMA
4 / 6
3 November 2015: Sungai Ceroh di Tapah, Perak ini dipercayai menjadi lokasi tempat pembuangan sisa-sisa akibat pembunuhan yang mengaitkan pemilik bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah, Perak. FOTO: BERNAMA
5 / 6
3 November 2015: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baru, Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri) mengucapkan takziah kepada seorang daripada keluarga mangsa pembunuhan kejam ketika mengunjungi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Lah Cenderiang. FOTO: BERNAMA
6 / 6
Bunuh, Tapah

Artikel Sebelum

Mahligai Cinta Mila Jirin

Artikel Berikut

Artikel Lain