suria

Jerebu Muncul Lagi

Jerebu Muncul Lagi
1 / 7
Pesawat udara milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bombardier CL 415 menceduk punca air dari Sungai Lumpur untuk memadam kebakaran dalam misi bantuan memadam kebakaran Ops Jerebu di Sumatera Selatan, Indonesia pada 15 Oktober 2015. Pesawat itu berjaya melakukan penyedutan air dengan kapasiti 6,137 liter dalam tempoh 12 saat bagi setiap sesi menceduk air di sungai tersebut. foto: BERNAMA
2 / 7
Pengawas peperiksaan Mohd Amin Mohd Noor (kiri) menyampaikan taklimat peperiksaan kepada pelajar di Dewan Peperiksaan Kolej Vokasional Batu Lintang, Kuching, Sarawak pada 19 Oktober 2015. Peperiksaan Kolej Vokasional tetap diteruskan di Kuching dengan pelaksanaan 'Ops Topeng' meskipun terpaksa berhadapan dengan masalah jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebanyak 98 iaitu di paras Sederhana.
 - foto: BERNAMA
3 / 7
Bandar Seremban, Negeri Sembilan kembali diselubungi jerebu teruk sehingga pemandangan udaranya seakan-akan lokasi yang tidak dapat dikenali ekoran pencemaran udara dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara setinggi 181 iaitu pada paras Tidak Sihat setakat 8 pagi, 19 Oktober 2015. - foto: BERNAMA
4 / 7
Keadaan jerebu yang kembali melanda ibu negara mengehadkan penglihatan. Situasi ini dirakamkan oleh jurugambar mStar Online, Samuel Ong di lebuh raya SILK Kajang, Selangor pada 19 Oktober 2015.
5 / 7
Seorang guru, Flora Lim is memaklumkan kepada seorang keluarga kepada pelajar sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah di Balakong Selangor mengenai penutuipan sekolah akibat jerebu. Foto: SHAARI CHE MAT
6 / 7
Bangunan KLCC kelihatan kabur akibat keadaan jerebu yang semakin teruk kembali melanda ibu negara. Jurufoto mStar Online, Izzrafiq Alias merakamkan gambar ini pada 18 Oktober 2015.
7 / 7
Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wajah Wajah Juara AF 2015

Artikel Lain