suria

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor
1 / 13
2 / 13
Ayahanda Sultan Johor Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail menepung tawar pada 10 September 1983 dalam istiadat bersanding pasangan Diraja Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.
3 / 13
Pasangan Diraja, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja Johor dan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.
4 / 13
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima siraman air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah negeri ini oleh Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (tengah) pada Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar.
5 / 13
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor setibanya baginda pada Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi Isnin. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
6 / 13
Kerabat diraja negeri dan negara jiran serta jemputan di kalangan orang kenamaan antara yang hadir pada istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Isnin.
7 / 13
8 / 13
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki singgahsana sebelum dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima.
9 / 13
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan mahkota sebagai tanda Sultan Ibrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima.
10 / 13
Raja Zarith Sofiah kini bergelar Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan negeri berkenaan.
11 / 13
Rakyat Johor memenuhi sepanjang perjalanan kenderaan Sultan dan Permaisuri Johor selepas istiadat kemahkotaan selesai di Istana Besar.
12 / 13
13 / 13
Sultan Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hari Pertama Lima 2015

Artikel Lain