suria

Fasa Pembersihan Pasca Banjir

Fasa Pembersihan Pasca Banjir
1 / 10
Anggota ATM dari Markas 8 Briged bertungkus lumus membersihkan Sekolah Kebangsaan Manik yang akan dibuka bagi sesi persekolahan 2015.
2 / 10
Jarah Awang Ahmad, 68, yang tinggal di dalam khemah sedang membersih perkakasan dapur yang masih dapat diselamatkan yang setelah rumahnya musnah akibat banjir di Kampung Manik Urai Baru, Kuala Krai.
3 / 10
Buku-buku yang rosak dilonggokkan sementara ketika sukarelawan banjir bergotong royong membersihkan persekitaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah di Perak selepas banjir beransur pulih.
4 / 10
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak bergotong royong mencungkil serpihan lantai kayu dewan sekolah yang rosak teruk akibat banjir ketika gotong royong membersihkan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Gajah memandangkan banjir sudah beransur pulih.
5 / 10
Dua pemain import pasukan bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Gonzalo Manuel Soto (kanan) dan Gabriel Miguel Guerro (dua, kanan) bersama penuntut Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia berganding bahu membersihkan dan mengemas Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Temerloh selepas sekolah itu rosak teruk dan berlumpur dilanda banjir besar baru-baru ini.
6 / 10
Nurul Azlia Mohd Ridzuan, 7, membantu memilih dan menjemur buku dan peralatan sekolah di rumah neneknya di Kampung Kelantan, Lenggong yang musnah akibat banjir.
7 / 10
Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut sama bergotong-royong bersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar yang teruk terjejas akibat banjir besar yang melanda Pahang baru-baru ini.
8 / 10
Sekumpulan sukarelawan turut bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang mengumpul barangan yang musnah untuk dibuang ketika membantu membersihkan sekolah yang rosak teruk selepas tenggelam ketika daerah Temerloh dilanda banjir luar biasa baru-baru ini.
9 / 10
Sebahagian penduduk Ladang Sokor, Tanah Merah terpaksa menggunakan air dari anak sungai untuk membasuh pakaian setelah bekalan air ke rumah mereka masih terputus selepas banjir teruk pada minggu lepas yang turut menenggelami penempatan ladang getah, baru-baru ini.
10 / 10
pasca banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain