• Ayai (Ilusi) yang bergelar juara Gegar Vaganza memperoleh RM100,000 dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 4 Januari 2015.
  • Para pemenang Gegar Vaganza. Dari kiri, Mamat (Exist), Ayai (Ilusi) dan Haleeda. Pentas akhir Gegar Vaganza telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Januari 2015. Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria.
  • Hairul Azreen (kanan) turut membuat gimik melamar kekasihnya Hanis Zalikha dalam konsert akhir, Gegar Vaganza.
  • Mamat (Exist) turut memukau penonton. Mamat mendapat tempat ketiga yang melayakkannya memperoleh RM15,000 dan persembahan terbaik (undian SMS peminat). Menerusi persembahan terbaik dia mendapat RM5,000.
  • Aksi Haleeda mendapat sorakan paling gemuruh. Halida Mendapat tempat kedua. Dia memperoleh RM30,000.
  • Fazli Zainal (kiri) dan Mamat (kanan) mempersembahkan lagu rap mereka dalam Gegar Vaganza. Fazli mendapat tempat keenam dan membawa pulang wang tunai RM3,000.
  • Aksi bertenaga Ifa Raziah. Ifa diumumkan memenangi tempat kelima dan meraih wang tunai RM5,000.
  • Rahmad Mega mendapat tempat keempat dalam Gegar Vaganza. Dia membawa pulang RM10,000.

iklan