• Penduduk Orang Asli di Pos Gob Kampung Gawin, Gua Musang Kelantan menikmati nasi lemak yang dibekalkan bagi mengalas perut sejurus penghantaran bantuan makanan menggunakan helikopter ke kampung mereka. Seramai 150 penduduk dari 30 keluarga di kampung itu terperangkap akibat banjir besar. - Foto: BERNAMA.
  • Beginilah keadaan kedai dan premis perniagaan di pekan lama Gua Musang, Kelantan akibat banjir besar yang melanda jajahan itu.
  • Keadaan rumah penduduk yang musnah akibat banjir di Gua Musang, Kelantan. Bayangkanlah... bagaimanakah mereka ingin meneruskan kehidupan dalam keadaan kesempitan akibat bencana alam ini? - Foto: BERNAMA
  • Kesan kemusnahan harta benda penduduk selepas banjir besar melanda daerah Gua Musang, Kelantan. - Foto: BERNAMA
  • Mangsa banjir, Adirah Yusof bersama anaknya Kasih Hazrun, 6 bulan, hanya mampu berlindung di khemah yang dibina suaminya setelah rumah mereka musnah akibat banjir dari limpahan Sungai Kelantan di Kuala Krai, Kelantan. Foto: BERNAMA
  • Seorang remaja melalui kawasan rumahnya yang musnah akibat banjir di Kuala Krai, Kelantan. - Foto: BERNAMA
  • Keadaan kereta yang terbalik kesan daripada banjir besar yang melanda kawasan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. - Foto: BERNAMA
  • Mangsa banjir Azman Shah Hassan, 56, hanya mampu melihat tapak rumahnya yang hanyut akibat limpahan air Sungai Kelantan di Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Manik Urai antara kawasan yang teruk dilanda banjir, ditambah dengan terputus hubungan dengan kawasan luar. - Foto: BERNAMA



</p>
  • Kesan kemusnahan akibat banjir besar yang melanda Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan.

iklan