• Pemain Thailand, Sarach Yooyen (kiri), Adisak Kraisorn (dua dari kiri, Kroekrit Thawikan(dua dari kanan) and Chanathip Songkrasin (kanan) meraikan kejayaan merangkul gelaran Juara Piala AFF Suzuki 2014 sebaik wisel penamat dibunyikan pada perlawanan final pada Sabtu.
  • Pemain negara, Amri Yahyah berasak untuk mendapatkan bola dari penyerang Thailand, Kroekrit Thawikan pada perlawanan final Piala AFF Suzuki, Sabtu.
  • Kelincahan pemain Thailand, Chanathip Songkrasin tidak dapat dihalang pemain Harimau Malaya, Badhri Radzi pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, Sabtu.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai ke arah penyokong ketika turun padang bagi memberi sokongan kepada Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil disini, Sabtu.
  • Gaya tersendiri dua penyokong Harimau Malaya dan Gajah Perang yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
  • Penyokong akan melakukan apa sahaja asalkan dapat menyaksikan perlawanan yang dinanti-nantikan pada malam Sabtu.
  • Farizal hampa kerana gagal menyelamatkan gawang kali kedua pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, Sabtu.
  • Sebahagian daripada ribuan penyokong Thailand yang hadir pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki gembira dengan kejayaan pasukan mereka.
  • Pemain Thailand, Charyl Yannic Chappius menewaskan Farizal Marlias untuk menjaringkan gol pertama Gajah Perang pada perlawanan akhir pada Sabtu.
  • Penyokong Harimau Malaya tidak pernah jemu untuk memberi semangat kepada pasukan negara.
  • Indra Putra Mahayuddin meraikan gol kedua pada separuh masa pertama perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu.
  • Pelbagai gelagat penyokong Harimau Malaya dapat disaksikan sepanjang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
  • Safiq Rahim meraikan gol pertama Malaysia selepas menyudahkan tendangan penalti pada separuh masa pertama perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu.
  • Penyokong cilik Harimau Malaya tidak lupa tanggungjawab untuk menunaikan solat sebelum menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu.
  • Penyokong Harimau Malaya dan Gajah Perang memenuhi setiap ruang di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan final Piala AFF Suzuki 2014. Thailand yang mengumpul dua gol ketika perlawanan pusingan pertama muncul juara apabila memperoleh kelebihan agregat 4-3. Malaysia yang tiga kali berjaya membolosi gawang Thailand bagaimanapun terpaksa akur dengan kedudukan naib juara kali ini.

iklan