• Pasukan perintis Ops Cantas wanita yang diwujudkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching ini mengadakan penampilan pertamanya pada Ahad sejak ditubuhkan enam bulan lalu. Pasukan ini akan membuat pemilihan baharu bagi membentuk pasukan serupa di IPD Sibu, Miri dan Bintulu selepas ini. - fotoBERNAMA
  • Sekumpulan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk meninjau dari dekat Helikopter Polis pada Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di Padang Merdeka, Kuching pada Ahad. - fotoBERNAMA
  • Insp Chudang Sangau dari Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan pelbagai jenis dadah kepada pengunjung.- fotoBERNAMA
  • Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman (tiga, kiri) melihat dari dekat pakaian anggota polis udara pada Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di Padang Merdeka, Kuching pada Ahad. - fotoBERNAMA
  • TANGKAS... Dua anggota pasukan Ops Cantas Wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak memberkas 'penjenayah tegar' ketika melakukan demonstrasi cegah jenayah.
  • Anggota pasukan Ops Cantas Wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak ketika melakukan demonstrasi cegah jenayah pada Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di Padang Merdeka, Kuching pada Ahad. - fotoBERNAMA