Maszlee setuju lepaskan jawatan presiden UIAM - Berita Semasa | mStar

Maszlee setuju lepaskan jawatan presiden UIAM

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 5:51 PM

Maszlee Malik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan Maszlee bersetuju untuk melepaskan jawatan itu, sementara menunggu calon yang sesuai untuk menggantikannya.

"Beliau dalam proses melantik seseorang untuk menggantikannya. Bagaimanapun, proses akan mengambil masa, kerana ia perlu mendapat pertujuan daripada perdana menteri dan perkenan Sultan Pahang," kata sumber yang merupakan pembantunya kepada FMT.

Pemberitahuan ini beberapa hari susulan Wan Saiful Wan Jan meletakkan jawatannya sebagai penasihat khas kepada Maszlee.

Sultan Pahang yang merupakan ketua perlembagaan UIAM, dilaporkan menamakan Maszlee sebagai presiden universiti itu.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak disambut baik bagi segelintir kumpulan pelajar, yang memberitahu ia bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan ahli politik, bertanggungjawab terhadap institusi akademik.

Portal berita itu turut menyatakan bahawa Kabinet baru-baru ini menyuarakan gesaan kumpulan pelajar supaya Maszlee mengosongkan jawatan berkenaan.

Sumber tersebut memberitahu FMT bahawa Maszlee memutuskan untuk menangguhkan pengundurannya daripada universiti sehingga istiadat konvokesyen selama hari, yang bermula pada Jumaat.

"Ia masih memerlukan seorang presiden, dan selepas konvokesyen, proses penggantian akan mengambil tempat," tambahnya. - The Star

Tags / Kata Kunci: Maszlee Malik , UIAM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan