Bersatu alu-alukan Rafidah sertai parti - Mukhriz - Berita Semasa | mStar

Bersatu alu-alukan Rafidah sertai parti - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 2:39 PM

Rafidah Aziz.

(Ubah saiz teks)

KODIANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan hasrat bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, yang mahu menyertai parti berkenaan. 

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang pernah digelar sebagai 'wanita besi' negara itu mengenai hasratnya menyertai Bersatu, adalah suatu berita yang mengembirakan kepada parti. 

"Ini satu berita gembira….sangat dialu-alukan kerana kita lihat agak ramai bekas-bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, mempunyai ‘track record’ yang begitu cemerlang, yang memahami perjuangan Bersatu serta Pakatan Harapan, dan buat keputusan untuk menyertai kami malah meninggalkan parti lama,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafidah umum mahu sertai Bersatu

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 110 pelajar sekitar parlimen Jerlun yang layak melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi seluruh negara.

Rafidah dilapor membuat kenyataan itu di ibu negara pada Khamis, di mana beliau mengakui sudah memaklumkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu, namun masih belum mengisi borang keahlian. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rafidah Aziz , Mukhriz Mahathir , Bersatu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan