Pelajar sekolah pondok lemas - Berita Semasa | mStar

Pelajar sekolah pondok lemas

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2018 8:05 AM

(Ubah saiz teks)

JERTIH: Seorang pemuda tidak sempat menghabiskan pengajian di sebuah sekolah pondok di sini selepas dia lemas ketika mandi di air terjun Lata Tembakah dekat Hulu Besut, di sini petang Ahad.

Mangsa Muhamad Najmi Naiem, 20, dari Taman Pulai, Pulai, Johor lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di tingkat tiga air terjun tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa dikatakan pergi ke hutan lipur itu bersama seorang kawan lelakinya yang belajar di pondok sama.

"Mereka mula turun mandi kira -kira pukul 4.45 petang, namun mangsa dikatakan tergelincir di kawasan air dalam lalu lemas," katanya.

Mohd Suhaimi berkata, rakan tidak dapat membantu kerana mangsa kemudiannya terus tenggelam.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan membabitkan APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan penduduk kampung sebelum mayat mangsa dijumpai oleh anggota JBPM dan penduduk pada pukul 5.10 petang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.- Sinar Harian.

Tags / Kata Kunci: Lemas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan