Pramugari jelita curi hati netizen - Berita Semasa | mStar

Pramugari jelita curi hati netizen

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2018 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejelitaan seorang pramugari AirAsia ternyata menarik perhatian ramai pihak.

Menerusi beberapa foto yang tular, Mabel Goo, 24, dilihat sedang asyik melayan penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong.

Salah seorang penumpang dalam penerbangan tersebut, George Wong memuat naik foto berkenaan ke laman Facebook sehingga menerima lebih 4,000 perkongsian dan lebih 2,000 tanda suka.

Sewaktu dihubungi, Goo mengaku terkejut apabila posting mengenai dirinya tular.

"Saya diberitahu ia tular juga di China dan United Kingdom.

"Tapi saya hanya mahu fokus kepada kerja saya sahaja," ujarnya.

Ujar Goo, impian untuk berkhidmat dalam AirAsia sudah lama dipendam sejak zaman sekolah lagi.

Dia bertugas sebagai kru 'Fun Team' yang menyajikan hiburan permainan dalam penerbangan.

Menurut AirAsia, kru kabin kadang kala akan menyanyi dan menjemput penumpang melakukan aktiviti permainan dengan mereka.

 

Tags / Kata Kunci: Pramugari , Mabel Goo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan