Telan belanja RM16.6 bilion, LRT3 diteruskan - Berita Semasa | mStar

Telan belanja RM16.6 bilion, LRT3 diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2018 7:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan belanja RM16.6 billion, merangkumi kos pengambilan balik tanah, faedah semasa pembinaan dan kos-kos lain.

Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata Prasarana Malaysia Bhd telah memaklumkan kepada syarikat mengenai penerusan projek infrastruktur itu melalui surat kepada MRCB George Kent Sdn Bhd, yang bertarikh 16 September.

Katanya, pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.

"MRCB akan membuat satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities jika terdapat sebarang perkembangan yang ketara berkaitan dengan projek tersebut," katanya lagi.

Pada 2015, pengendali projek LRT3, Prasarana Malaysia, telah melantik MRCB dan George Kent (Malaysia) Bhd sebagai PDP bagi LRT3, dengan bajet permulaan sebanyak RM9 bilion untuk kerja-kerja pembinaan dan RM1 bilion bagi pengambilalihan tanah. - Bernama

Tags / Kata Kunci: LRT3 , MRCB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan