Jamal diminta bayar hutang RM200,000 atau kereta dilelong - Berita Semasa | mStar

Jamal diminta bayar hutang RM200,000 atau kereta dilelong

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2018 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bertindak atas perintah mahkamah, empat buah kereta Datuk Seri Jamal Md Yunos dirampas selepas gagal melunaskan hutang kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Empat buah kereta telah disita tengah hari Rabu daripada pengedar kereta di Sungai Buloh yang dipercayai mempunyai hubungan perniagaan dengan ahli politik itu.

Jurucakap dari syarikat keselamatan Anirass Gaya Security Services berkata, mereka mempunyai perjanjian perniagaan bersama Jamal sebelum ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata terdapat yuran yang belum dibayar sekitar RM56,000 dari tahun 2014 apabila berhenti menggunakan perkhidmatan mereka.

"Satu surat permintaan telah dikeluarkan, kemudian satu saman (oleh mahkamah). Jadi sekarang ada tempoh 14 hari untuk menyelesaikannya. Jika tidak, kita akan meneruskan proses melelongkan (kereta yang dirampas)," kata jurucakap selepas rampasan dibuat.

Jurucakap itu berkata jumlah semasa hutang adalah sekitar RM200,000, selepas faedah.

Kakitangan syarikat pengedar kereta yang tidak mahu dikenali itu memberitahu, Jamal hanya merupakan pemegang saham kecil dalam syarikat itu.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Jamal Md Yunos , hutang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan