Selepas tular gambar dalam tab mandi, Syed Saddiq nasihat media fokus isu lebih penting - Berita Semasa | mStar

Selepas tular gambar dalam tab mandi, Syed Saddiq nasihat media fokus isu lebih penting

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan pihak media agar memberikan tumpuan kepada isu yang lebih penting berbanding gambarnya tanpa baju yang tersebar di media sosial.

Gambar Syed Saddiq yang menunjukkan beliau tidak mengenakan baju di dalam sebuah tab mandi menerima kritikan daripada rakyat Malaysia. 

"Saya hanya memberikan komen ke atas isu mustahak (di Dewan Rakyat), dan mencadangkan anda (media) fokus kepada perkara itu sekarang. 

"Anda perlu berhati-hati menulis berita. Kalau boleh, buat liputan tentang isu yang lebih penting," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq padam gambar tanpa baju jalani terapi ais di media sosial

Syed Saddiq pada Sabtu memuat naik gambar itu di kedua-dua akaun Twitter dan Instagram beliau, namun memadamkannya selepas dikritik oleh netizen. 

Gambar itu menunjukkan menteri termuda berusia 25 tahun melakukan terapi air sejuk selepas perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan bersempena Hari Sukan Negara 2018 pada Sabtu.   

Gambar berkenaan menunjukkan abdomen badan beliau kepada 613,000 pengikutnya di Twitter.   

"Selepas menjaringkan gol keemasan, (saya) segera merendam diri dalam ais. Permainan yang baik @dugongallstars," tulis Syed Saddiq pada tweet tersebut.   

Sesetengah rakyat Malaysia, bagaimanapun, menyifatkan posting tersebut tidak sesuai dengan jawatanya sebagai seorang menteri. - The Star

Tags / Kata Kunci: Syed Saddiq
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan