Rafizi bimbang budaya politik wang dalam pemilihan PKR - Berita Semasa | mStar

Rafizi bimbang budaya politik wang dalam pemilihan PKR

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 4:08 PM

Mohd Rafizi Ramli
(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ahli parti perlu menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu dan memilih calon yang berlaku adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.

“Sekarang kita berada di kedudukan yang diuji dengan politik wang kerana akan ada pihak yang menawarkan wang sebab bila dah jadi kerajaan ramai pihak yang berduit ini akan berminat dengan parti kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Rafizi Ramli sempena Pemilihan PKR 2018 di sini malam Isnin.

Rafizi berkata antara sebab utama beliau mengambil keputusan bertanding jawatan timbalan presiden parti adalah kerana untuk membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam PKR.

Beliau juga menasihati calon PKR Negeri Sembilan untuk mendekati dari awal ahli parti yang akan mengundi selain bersedia dengan sebarang provokasi daripada pihak luar. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan