Najib dipanggil SPRM lagi hari ini - Berita Semasa | mStar

Najib dipanggil SPRM lagi hari ini

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 11:01 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira 10 pagi Selasa.

Najib dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes baharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber mengesahkan Najib sudah berada di dalam bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini tetapi enggan membuka mulut bila beliau dipanggil untuk hadir.

Kali terakhir Najib dipanggil SPRM adalah pada 19 September lalu di mana beliau ditahan di lokap SPRM untuk diambil keterangan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Difahamkan, Najib hadir kali ketiga untuk memberi keterangan kepada Unit AMLA berhubung siasatan skandal 1MDB serta proses transaksi kewangan pada 2011.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , SPRM , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan