Syed Saddiq padam gambar tanpa baju jalani terapi ais di media sosial - Berita Semasa | mStar

Syed Saddiq padam gambar tanpa baju jalani terapi ais di media sosial

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2018 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memadam gambarnya tanpa berbaju yang dimuat naik di media sosial.

Menteri Belia dan Sukan itu memuat naik gambar dirinya yang sedang menjalani terapi ais selepas perlawanan bola sepak persahabatan sempena  Hari Sukan Negara 2018 Sabtu lalu.

Kapsyen gambar tersebut di Instagram : "Lepas menjaringkan gol emas, terus kena rendam dalam air. Good game @dugongallstars.

Sesetengah netizen menganggap tindakan itu tidak patut dibuat oleh seorang menteri.

Namun, terapi ais merupakan satu pemulihan terbaik selepas bersukan untuk kelegaan sebarang kesakitan.

Tags / Kata Kunci: Syed Saddiq , terapi ais
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan