Lelaki Malaysia bawa bar emas bernilai RM1.7 juta ditahan di Lapangan Terbang Dhaka - Berita Semasa | mStar

Lelaki Malaysia bawa bar emas bernilai RM1.7 juta ditahan di Lapangan Terbang Dhaka

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2018 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka pada Isnin kerana memiliki bar emas bernilai kira-kira RM1.74 juta.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Chan Gee Keong, 47, tiba di Dhaka menerusi penerbangan Malindo Air dari Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi, lapor portal berita Bangladesh, bdnews24.com.

Timbalan Pesuruhjaya Kastam Dhaka, Othello Chowdhury berkata, mereka menerima maklumat mengenai kepingan emas berkenaan sebelum melakukan pencarian selepas lelaki itu melepasi bahagian imigresen.

"Jaket ditemui di sebalik bajunya. Tujuh bar emas itu dibalut dengan kertas karbon dan ditutup dengan pita kuning dalam jaket berkenaan," katanya.

Lelaki itu dikatakan berada dalam tahanan polis lapangan terbang dan kes tersebut akan difailkan di bawah Akta Kastam Bangladesh dan Akta Kuasa Khas.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan