Tujuh gerai tidak halal di ekspo Melaka ditutup - Berita Semasa | mStar

Tujuh gerai tidak halal di ekspo Melaka ditutup

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2018 7:14 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh memohon maaf kerana membenarkan penjualan produk tidak halal di dalam dewan pamerannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MITC Abdul Wahab Ibrahim, ketika mengeluarkan permohonan maaf itu berkata tujuh gerai menjual produk berasaskan daging babi di ekspo Tastefully Food and Beverage ditutup serta-merta pada Sabtu.

Ia menimbulkan kemarahan netizan yang mana kejadian ini pertama kali berlaku di ekspo tersebut.

Sebelum ini, gerai-gerai dengan produk tidak halal dihadkan di kawasan tempat letak kereta.

Abdul Wahab mengakui bahawa pihaknya terlepas pandang berhubung penempatan gerai-gerai itu.

"Kami telah menutup semua tujuh gerai yang menjual produk tidak halal," katanya.

Tags / Kata Kunci: MITC , Expo makanan , tidak halal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan