"Yang saya tahu main adalah ragbi" - Tun M - Berita Semasa | mStar

"Yang saya tahu main adalah ragbi" - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2018 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat meminati sukan ragbi sejak dari bangku sekolah lagi.

Beliau berkata, sukan itu tidak memerlukan kecekapan tertentu, sebaliknya hanya kemahiran ketika bermain.

"Saya akui saya bukanlah bersukan sangat, tidak seperti apa yang saya nasihatkan. Sejak daripada sekolah lagi, tidak banyak sukan yang saya sertai.

"Yang saya tahu main adalah ragbi. Kenapa ragbi? Sebab ragbi tak perlukan kecekapan apa-apa pun. Tak pandai macam manalah, tak berapa cekap, cuma nak berkelahi sama-sama pasukan," katanya dalam ucapan perasmian Hari Sukan Negara di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata, kini beliau tidak lagi bermain ragbi.

"Sekarang ini tak bolehlah (main) ragbi..dah lemah..dah tua, tetapi jangan fikir sudah tua tidak boleh buat apa-apa pun," katanya. - Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , ragbi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan