Persoal kelayakan Anwar ibarat pertikai Agong - Fahmi - Berita Semasa | mStar

Persoal kelayakan Anwar ibarat pertikai Agong - Fahmi

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2018 2:43 PM

Fahmi Fadzil.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Semua pihak perlu berhenti mempersoalkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kata Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan penuh kepada Anwar.

"Jabatan Penjara mengisytiharkan beliau (Anwar) telah diberikan pengampunan penuh oleh Agong, dan beliau tidak mempunyai rekod jenayah.

"Jadi sesiapa yang mempersoalkan isu ini sebenarnya mempertikaikan Agong, yang memberikan pengampunan penuh.

"Bagi kita, tiada isu mengenai kelayakan Anwar untuk menjadi calon pada PRK Port Dickson," kata Fahmi pada sidang media, Selasa.

Fahmi berkata demikian merujuk kepada permohonan yang difailkan oleh seorang pengundi di Port Dickson, bagi mendapat perisytiharan bahawa Anwar tidak berhak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sehingga tempoh hilang kelayakannya tamat disebabkan status pengampunannya yang dipertikaikan.

Bagaimanapun, peguam J. Leela yang mewakili Anwar berkata, pihaknya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut atas alasan Noraziah Mohd Shariff, selaku pemohon tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan tuntutan tersebut. 

Tags / Kata Kunci: Fahmi Fadzil , Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan