Tuduhan liwat 3.0, polis akan siasat Lokman Noor - Fahmi - Berita Semasa | mStar

Tuduhan liwat 3.0, polis akan siasat Lokman Noor - Fahmi

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2018 2:23 PM

Lokman Noor Adam

Lokman Noor Adam.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, yang baru-baru ini mendakwa terdapat tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka dipanggil untuk disoal siasat polis pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Liwat di Singapura? Cukuplah, sila cari modal lain" - Anwar

Ketua Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil, ia susulan laporan polis yang dibuat pada Isnin berhubung perkara itu pada hari yang sama, dan tiga lagi laporan turut dibuat oleh beberapa individu di negeri-negeri lain. 

"Dua hari lalu, saya dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Port Dickson, dan saya telah memberikan kerjasama penuh.

"Difahamkan, Lokman akan disoal siasat oleh polis pada pukul 12 tengah hari ini (Rabu)," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Pusat Operasi Pakatan Harapan di Port Dickson, Rabu.

Pada masa ini, Lokman di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beliau bersama beberapa penyokong Najib hadir bagi menyokong bekas perdana menteri itu, yang dipanggil oleh JSJK bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Lokman Noor Adam , liwat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan