Othman Omar dilantik jadi Pengarah FGV berkuat kuasa hari ini - Berita Semasa | mStar

Othman Omar dilantik jadi Pengarah FGV berkuat kuasa hari ini

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2018 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd telah melantik Datuk Dr Othman Omar sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Ketika ini Othman adalah Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, FGV juga mengumumkan peletakan jawatan Datuk Ab Ghani Mohd Ali sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa Isnin.

Berikutan peletakan jawatan Ab Ghani, Pengarah Gantiannya Datuk Muzzammil Mohd Nor juga meletakkan jawatannya pada Isnin, kata FGV. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Othman Omar , FGV
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan