Selepas 8 jam, Rosmah masih belum selesai diambil keterangan 1MDB - Berita Semasa | mStar

Selepas 8 jam, Rosmah masih belum selesai diambil keterangan 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2018 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sudah lapan jam berlalu, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

SPRM masih mengambil keterangan daripada Rosmah bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Rosmah, yang datang menaiki kenderaan Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi tadi, masih belum keluar dari perkarangan bangunan berkenaan setakat 6.50 petang ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan Rosmah masih memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

“Ya, proses mengambil keterangan beliau (Rosmah) masih berlangsung,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM  seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.

Pada Selasa, pegawai SPRM ke rumah Rosmah di Taman Duta, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur,  bagi memberi notis kepada Rosmah untuk dipanggil ambil keterangan kes itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Pada Khamis lepas, Azam berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Rosmah Mansor , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan