Azeez, abang, saudara dibawa ke mahkamah - Berita Semasa | mStar

Azeez, abang, saudara dibawa ke mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2018 11:43 AM

Abdul Azeez (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman oleh SPRM.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan abangnya, Abdul Latiff serta seorang saudaranya yang ditahan pada Selasa, tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek tiba pukul 10.30 pagi diiringi oleh pegawai SPRM.

Abdul Azeez, Abdul Latiff dan saudaranya yang juga merupakan seorang pengarah syarikat memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Hampir 20 orang penyokongnya berkumpul di mahkamah sejak jam 7 pagi bagi menyatakan sokongan kepada suspek.

Prosiding tahanan reman dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman manakala barisan peguam diketuai Datuk Seri  Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Datuk S Devanandan.

Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung  Haji ditahan SPRM  selepas hadir  memberi keterangan manakala Abdul Latiff ditahan di Sungai Buloh pukul 11.30 pagi.

Sementara itu saudara Azeez yang berusia 30-an itu ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Mereka disiasat berhubung dakwaan menerima suapan daripada sebuah syarikat kontraktor bernilai jutaan ringgit. - Sinar Harian

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan