Dihantui 20 gambar bogel, bekas teman lelaki ugut sebar kerana mahu rujuk semula - Berita Semasa | mStar

Dihantui 20 gambar bogel, bekas teman lelaki ugut sebar kerana mahu rujuk semula

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 8:22 AM

Mangsa (kiri) bersama Michael Chong pada sidang media di Wisma MCA, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya mahu memenuhi 'fantasi seks' bekas teman lelakinya, Coey, 21, kini terpaksa berdepan dengan akibatnya selepas diugut untuk disebarkan 20 gambar bogelnya.

Coey dan pasangannya Govan (kedua-duanya bukan nama sebenar) pulang ke kampung halaman masing-masing selepas mereka menamatkan pengajian dalam diploma perniagaan.

Pasangan itu yang berpisah kerana tiada persefahaman awal tahun ini, dan Govan mengugut Coey dua kali untuk menyebarkan gambar bogelnya bagi memaksa dia kembali bersama dengan bekas teman lelakinya.

Coey bagaimanapun tidak mempedulikan Govan kerana tidak mahu meneruskan hubungan itu.

"Dia (bekas teman lelaki) mengugut untuk membunuh diri dan menghantar saya gambar pil tidur," kata Coey pada sidang media yang diadakan oleh Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong di Wisma MCA pada Jumaat.

Coey yang memakai topi dan topeng berkata, mimpi buruk bermula apabila dua teman wanita Coey memberitahunya bahawa mereka telah menerima foto separuh bogel daripada seorang pengguna Facebook.

"Saya sangat menyayanginya dan itulah sebab saya menghantar gambar bogel walaupun kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Saya kemudian meminta dia memadamkan foto itu," katanya.

Coey tahu apa yang dilakukan sejak awal adalah salah.

"Saya sangat sedih, saya tidak patut melakukannya," kata Coey.

Chong menasihatkan mangsa supaya tidak bertindak bersendirian tetapi meminta bantuan daripada keluarga atau badan bukan kerajaan (NGO).

Tags / Kata Kunci: Michael Chong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan