“Pandangan saya, Wan Azizah mengenai komuniti LGBT tak bercanggah” - Anwar - Berita Semasa | mStar

“Pandangan saya, Wan Azizah mengenai komuniti LGBT tak bercanggah” - Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 1:33 PM

Anwar (kiri) dan Dr Wan Azizah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrhaim berkata, pandangannya mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak berbeza dengan isterinya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa golongan itu sebagai "haram".

"Azizah merupakan seorang pemimpin yang bijak dengan caranya tersendiri. Apa yang dikatakannya adalah tindakan seksual itu haram, dan ia tidak dipertikaikan dalam Islam," katanya dalam wawancara bersama Al Jazeera.

"Saya tidak melihat percanggahan antara pandangan saya dan beliau," kata Anwar, yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Oktober ini.

"Ia adalah mengenai bila anda melakukannya atau memaparkannya secara terbuka yang bertentangan dengan norma-norma majoriti rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya di negara ini," tambah Anwar.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat dikritik apabila dalam satu temubual bersama pihak stesen radio BFM bahawa dia tidak akan membiarkan gaya hidup masyarakat LGBT, sambil menambah bahawa ia adalah haram.

Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa undang-undang Malaysia berkaitan dengan liwat lapuk dan perlu dipinda.

“Ia benar-benar tidak adil kerana seseorang itu boleh dituduh tanpa bukti yang kukuh... dalam kes saya dengan tiada bukti yang jelas, saya didakwa dan dikenakan hukuman.

“Undang-undang itu mesti dipinda untuk memastikan proses keadilan berjalan tanpa mengira orientasi seksual seseorang itu," katanya.

Anwar pernah disabitkan atas kesalahan meliwat, tetapi diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu. - THE STAR

Tags / Kata Kunci: LGBT , Anwar Ibrahim , Wan Azizah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan