Art Harun dilantik pengerusi baharu SPR - Berita Semasa | mStar

Art Harun dilantik pengerusi baharu SPR

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Azhar Harun yang lebih dikenali sebagai Art Harun dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan itu selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Harun, 56, yang berasal dari Kedah mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang di Universiti Malaysa dan King's College di London.

Beliau mula menjadi pengamal undang-undang sejak 1987 bersama Allen & Gledhill sebelum berpindah ke beberapa firma lain.

"Dengan kelayakan dan pengalaman, saya yakin beliau boleh menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Azhar Harun , SPR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan