Calon SJK Cina dan Tamil Menduduki UPSR hari ini - Berita Semasa | mStar

Calon SJK Cina dan Tamil Menduduki UPSR hari ini

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 98,462 calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 di seluruh negara hari ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 440,743 calon yang akan menduduki UPSR minggu depan, dari 24 September (Isnin) ini hingga 27 September (Khamis).

"Saya berharap mereka dapat mencapai keputusan cemerlang dan apa yang lebih penting calon diingatkan bertenang agar dapat menjawab soalan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke SJKC Balakong di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu ditanya mengenai sekiranya berlaku kebocoran kertas soalan UPSR, Teo berkata kementerian tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan menyiasat perkara itu sekiranya benar berlaku.

"Tapi, setakat ini memang tidak ada laporan kertas soalan UPSR bocor," katanya.

Pada tahun ini, 8,100 pusat peperiksaan dibuka melibatkan 54,253 petugas peperiksaan bagi memastikan kelancarannya.
-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UPSR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan