Ada tawar-menawar Ahli Parlimen Umno lompat parti - Berita Semasa | mStar

Ada tawar-menawar Ahli Parlimen Umno lompat parti

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa pada Khamis mendedahkan banyak tawar-menawar berlaku supaya Ahli parlimen Umno menyertai parti lain.

Beliau berkata terpulang kepada mereka untuk membuat pertimbangan sama ada terus kekal berjuang di dalam parti itu atau meninggalkannya.

“Ahli Parlimen Umno bebas kalau mereka mahu menyeberang ke mana-mana (parti)... Umno dan Barisan Nasional merupakan parti tunggal yang tidak membuat surat ikatan dengan wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Perhimpunan Agung Umno di sini, Khamis.

Annuar juga mendakwa ada juga yang keluar parti kerana mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan.

"Ada yang keluar kerana mereka beritahu terus terang, mereka ada kepentingan perniagaan dengan kerajaan dan kepentingan itu terlalu besar, maka mereka memikirkan mereka perlu menyelamatkan kepentingan mereka," katanya.

Dedahnya lagi, terdapat juga yang keluar dari parti itu kerana tertekan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mereka.

Lima Ahli Parlimen Umno termasuk Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) umum keluar parti sejak Barisan Nasional tumbang pada pilihan raya umum Mei lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umno , Annuar Musa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan