Guan Eng hati tisu - Asyraf Wajdi - Berita Semasa | mStar

Guan Eng hati tisu - Asyraf Wajdi

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyindir Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai pemimpin "berhati tisu" kerana bertindak menyekat akaun Twitternya pada Khamis.

Sindiran tersebut turut diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana beliau tidak bersedia menerima kritikan daripada pembangkang.

"Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.

"Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya.

"Come on  Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Kenyataan Asyraf turut mendapat perhatian penulis blog Papagomo yang juga Exco Pemuda Umno.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak menduga Guan Eng akan bertindak menyekat akaun Twitter ketua pergerakan sayap Umno itu.

Beliau turut menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu pemimpin yang takut untuk menerima kritikan.

"Kalau macam aku ni ke Lim Guan Eng BLOCK  tak pe lah juga. Ni KPUM (Ketua Pemuda Umno) kot, takkan tu pun block?

"Memang penakut pemerintah hari ni, sikit sikit tangkap ugut dan paling b***** ni block twitter," demikian tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Asyraf Wajdi , Lim Guan Eng , Twitter
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan