Nama Jho Low, bapa tiada dalam notis Interpol kerana perlu ikut protokol - Berita Semasa | mStar

Nama Jho Low, bapa tiada dalam notis Interpol kerana perlu ikut protokol

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2018 7:09 PM

Jho Low

Jho Low.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses permohonan untuk menyenaraikan seseorang individu pada notis Interpol bergantung kepada protokol Interpol dan ia mengambil masa kerana perlu melalui proses teliti yang ditetapkan oleh agensi antarabangsa itu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan di sini, Rabu berkata demikian merujuk kepada laporan portal berita arus perdana “Jho Low, bapa tiada dalam senarai Interpol” yang disiar pada Selasa.

Beliau turut menjelaskan berlandaskan protokol yang sama, pihak Interpol juga akan menetapkan sama ada nama yang tersenarai akan dipaparkan untuk tatapan umum atau pihak berkuasa yang berkaitan sahaja.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mahu timbul sebarang kekaburan yang boleh mewujudkan salah faham atau persepsi yang tidak benar berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap Low Taek Jho dan bapanya,” kata beliau.

Pada 24 Ogos lalu Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan kontroversi itu dan bapanya Tan Sri Low Hock Peng bagi membantu siasatan berhubung  skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama

Tags / Kata Kunci: Jho Low , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan