Kasihan! Gara-gara carbonara 'tak cukup asli', wanita tempatan ini dihentam netizen Malaysia, Itali - Berita Semasa | mStar

Kasihan! Gara-gara carbonara 'tak cukup asli', wanita tempatan ini dihentam netizen Malaysia, Itali

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2018 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ingatkah lagi kekecohan pada April lalu apabila hampir seluruh rakyat Malaysia bersatu demi mempertahankan hidangan rendang ayam yang 'dinodai' dengan versi rangup?

Minggu ini perkara sama berulang kembali. Namun, kali ini melibatkan rakyat Itali yang nampaknya berang apabila seorang wanita Malaysia memuat naik foto masakannya, pasta carbonara yang disifatkan menghina versi asal juadah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Ada Rendang Ayam Rangup” - Pesuruhjaya Tinggi Britain Bidas MasterChef UK

ARTIKEL BERKAITAN: Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Ini Jawab Najib, Tun M

"Malangnya makanan sangat penting dalam budaya kami. Ia perlu dimasak dengan betul. Perkataan juga perlu tepat.

"Jika kamu menggelarkan carbonara pada makanan yang bukan carbonara, ia seolah-olah menyakiti kami," tulis seorang rakyat Itali yang menggunakan nama @michdamb sebagai tindak balas terhadap Tweet wanita Malaysia itu yang menggunakan nama @dalilarizuan.

Susulan isu ini, kebanyakan netizen Malaysia dilihat turut bersetuju dengan Tweet rakyat Itali itu dan mula menghujani Twitter @dalilarizuan dengan pelbagai kecaman serta hinaan.

Antara komen netizen yang tidak berpuas hati dengan wanita tersebut.

Lebih parah, sebilangan individu turut bertindak melampau apabila mengaitkan isu ini dengan tahap pendidikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) wanita tersebut sehingga dia terpaksa memadam posting asal yang mula tular.

Ia berikutan salah satu Tweet wanita itu yang menggelarkan rakyat Itali dengan perkataan kesat kerana melenting dengan foto masakannya.

"Kami tidak persoalkan kelayakan PhD tetapi sikap kamu. Kamu ada PhD dan berhadapan dengan rakyat negara lain. Cara kamu memberi respon sepatutnya lebih matang," tulis @hareithfadhila.

"Dorang buat ayam rendang crispy kau pun marah kan s*tan. Ha sama la dengan dorang," tulis @8bell4.

"Apa punya bangang la belajar PhD tapi panggil orang s*it," tulis @muhdazriothman.


Dia turut dikecam kerana menggunakan perkataan kesat seperti s*it dalam respon balas di laman Twitter.

Gara-gara kecaman yang melampau, wanita itu lantas memadam beberapa Tweet miliknya sebelum membuat permohonan maaf.

Dia mengakui berasa sedih apabila dilemparkan perkataan kesat oleh sebilangan rakyat Malaysia dan berkata tidak akan berkongsi foto makanan lagi selepas ini.

Menerusi Tweet terdahulu yang turut dipadam, dia mengulas mengenai individu yang mempersoalkan tahap pendidikannya.

"Kepada rakyat Malaysia, sampai bangkitkan isu PhD saya. Hampa tau masa aku kena attack tu hampa belum ada? Italian start dengan maki hamun while I nak makan sebab lapar dan nak habiskan cheese?

"Saya akan padam Tweet ini tetapi nak jelaskan dahulu," ujar wanita itu.

Gara-gara dihujani kecaman, dia akhirnya memadam semua Tweet berkaitan dan memohon maaf.

Dalam pada itu, insiden ini mengingatkan kita kepada isu rakyat Malaysia Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir dari program MasterChef UK kerana hidangan rendang ayam April lalu.

Komen juri Gregg Wallace dan John Torode yang menyifatkan rendang wanita tersebut kurang rangup ternyata mengundang kemarahan netizen sehingga isu tersebut mendapat perhatian pemimpin politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell turut mempersoalkan keputusan juri rancangan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Carbonara , Dalila Rizuan , Rendang Crispy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan