Selepas Tok Pa, Anifah Aman umum keluar Umno - Berita Semasa | mStar

Selepas Tok Pa, Anifah Aman umum keluar Umno

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2018 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar Umno hari ini.

Sumber rapat Ahli Parlimen Kimanis itu mengesahkan pengunduran tersebut berkuat kuasa Rabu (19 September).

"Beliau akan memberi kenyataan tidak lama lagi," kata sumber berkenaan.

Pengunduran Anifah berlaku kurang 24 jam selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Anifah Aman , Mustapa Mohamed , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan