Tommy Thomas nafi letak jawatan - Berita Semasa | mStar

Tommy Thomas nafi letak jawatan

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2018 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Negara Tommy Thomas menafikan laporan yang mendakwa beliau meletak jawatan.

Laporan itu yang disiarkan portal berita FMT, mengejutkan negara dengan kebanyakan netizen mempertikaikan mengenai ketulenannya.

"Tidak benar sama sekali," kata Thomas kepada portal berita Malaysiakini.

Laporan itu hanya disiarkan kira-kira 10 minit sebelum ditarik balik.

FMT kemudian memohon maaf dan menarik balik laporan tersebut dengan mendakwa sumbernya telah menarik balik pengesahan mereka mengenai peletakan jawatan Thomas.

Tags / Kata Kunci: Tommy Thomas , Peguam Negara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan