Roti perasa pandan bawa tuah juara pancing - Berita Semasa | mStar

Roti perasa pandan bawa tuah juara pancing

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2018 7:14 PM

Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Hasliza binti Abdul Hamid (tiga dari kanan) bersama para pemenang dan penaja pertandingan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hari Malaysia yang disambut pada Ahad memberi makna buat peserta pancing dari Kuala Lumpur iaitu Ariff Johan apabila dia berjaya menyapu bersih kemenangan tempat pertama dan kedua acara itu.

Ia diadakan sempema siri jelajah pancing Kuala Lumpur siri 6/2018 yang diadakan di Tasik Danau Kota, Setapak, Ahad lalu.  

Kemenangannya pada tempat pertama kerana berjaya menarik ikan patin seberat 11.68 kilogram yang membolehkan dia menerima hadiah RM5,000 manakala untuk tempat kedua dia mendapat ikan jenis yang sama seberat 10.06 kilogram. 

"Saya tak menjagka hanya berumpankan roti berperisa pandan, kemenangan dalam pertandingan ini menjadi milik saya," katanya. 

Tempat ketiga pula diterima oleh Izhar Nordin (King Hunter), yang membawa pulang RM1,000 apabila berjaya memancing spesies patin yang sama seberat 3.98 kilogram. 

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Anuar Mhd Juri berkata aktiviti "Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera" untuk manfaat warga kota dapat diterapkan melalui pertandingan memancing seperti itu.  

“Objektif sebenarnya, kita nak beri rakyat peluang untuk bersantai, beriadah dan dapat bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim  dalam kalangan warga kota," katanya. 

Pertandingan serupa akan diadakan lagi pada 30 September ini di Tasik Ampang Hilir.

Tags / Kata Kunci: pancing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan