Pesawat MAS berpatah balik ke London kerana isu teknikal - Berita Semasa | mStar

Pesawat MAS berpatah balik ke London kerana isu teknikal

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 11:59 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan dari London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow pada Khamis malam disebabkan isu teknikal.

Penerbangan MH1 itu berlepas dari London pukul 9.58 malam (waktu London) tetapi berpetah balik selepas berlepas.

Pesawat itu mengelilingi selat Inggeris bagi membuang bahan api, prosedur untuk mengurangkan berat pesawat sebelum pendaratan cemas.

Menurut MAS, pesawat itu mendarat dengan selamat di London pada pukul 11.17 malam dan 'diperiksa untuk pembaikan'.

"Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah keutamaan kami pada masa ini. Ikuti perkembangan seterusnya," katanya menerusi status di Twitter pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: MAS , Malaysia Airlines
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan